Sabtu, 31 Mac 2012

April Fool? Bukan Untuk Kita!

April Fool? pastinya kita semua sering mendengar mengenai perayaan ini. Perayaan yang disambut pada setiap 1 April yang menghalalkan perbuatan menipu atau berbohong dengan tujuan gurauan dan memperbodohkan orang lain.
April Fool mungkin kelihatan menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Hari tersebut dianggap sebagai hari untuk bergurau senda dengan kawan-kawan,saudara mara ataupun sesiapa sahaja dengan cara menipu. Tapi tahukah kita apakah disebalik perayaan april fool dan terfikirkah kita dengan kesan daripada kita menyambut perayaan ini?
Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.http://www.iluvislam.com/index.php

Tiada ulasan:

Catat Ulasan